Tuesday, September 23, 2008

KOMPOSISI BADAN (KECERGASAN)

Gemuk !, kenali anda. Kita TERJAH....! untuk merungkai persoalan ini.....................
beepee jaybee. sept.2008
Kegemukan selalunya merujuk kepada lebihan berat badan dan obesiti. LEBIHAN BERAT BADAN ialah berat badan yang melebihi berat normal seseorang berasaskan gender, tinggi dan saiz rangka badan. dan ............ OBESITI ialah keadaan lemak yang berlebihan dalam badan. manakala komposisi badan mengukur peratusan lemak dalam badan berbanding dengan otot, tulang dan tisu badan yang lain. Bagi mengukur peratusan lemak badan pendekatan berikut telah diguna pakai BMI (Body mass Index / Indeks Jisim badan).
Formula : BMI = Berat badan / (Tinggi Tinggi)
anda obesiti ........................ ! atau mengalami masalah KURANG berat badan ?. AWAS ! merbahaya .....................
info - obes dipercayai boleh memendekkan tempoh hayat individu kerana ....................... pertambahan tekanan dan bebanan pada sistem tubuh badan.
i. Jantung dan paru-paru perlu bekerja lebih berat
ii. tulang dan sendi perlu menampung berat badan tambahan/lebihan.
iii. tisu-tisu lemak yang menyelaputi organ dalam badan (jantung) akan mengurangkan efisiensi organ tersebut.
rumusan : sebab itu obesiti dikaitkan dengan masalah kesihatan ...............................
1. Penyakit Kardiovaskular
2. Hipertensi
3. strok
4. Artritis
5. Menstrual dysfuntion
Tip Pengawalan Berat Badan
1. Bertekat untuk menurunkan berat badan secara progresif, lebih kurang 1/2 kg seminggu.
2. Jangan sesekali menurunkan berat badan secara "crash diet"
3. Makan pelbagai makanan yang rendah kalori dan tinggi kandungan nutrien.
4. Makan nasi, roti atau bijirin tanpa tambahan lemak dan gula dalam penyediaanya.
5. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
6. Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang berkalori tinggi.
7. Makan pada masa yang tetap dan tempat yang khas, elakkan makan dihadapan televisyen.
8. Elakan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Jika perlu, pilih buah-buahan.
9. Sibukkan diri dengan aktiviti bagi mengelakkan kita mengingati makanan.
10. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit setiap sesi.

Thursday, September 11, 2008